
Soalan-soalan adalah elemen terpenting dan merupakan fungsi utama Dewan Undangan Neeri untuk menghalang Kerajaan Eksekutif daripada menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Soalan-soalan yang dikemuka biasanya akan mendesak Kerajaan untuk mengambil tindakan pembetulan atau tindakan-tindakan wajar yang lain. Akaunabiliti kerajaan dapat disaksikan dengan jelas semasa sesi soal jawab. Satu jam pada setiap hari persidangan akan diperuntukkan kepada Ahli-Ahli untuk menyoal Menteri-Menteri tentang hal ehwal awam, prosiding Dewan maupun hal-hal mengenai pentadbiran. Sesi soal jawab ini lazimnya mendapat perhatian bukan sahaja dari kalangan Ahli, tetapi juga dari pihak media massa dan para pemerhati di Galeri Awam. |
Kembali
Hakcipta
Terpelihara©DUNSARAWAK 2005