| EKSPO
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2005
"THE CORRIDORS OF POWER:
MORDENIZING THE INSTITUTIONS OF GOVERNMENT"
EKSPO telah di adakan di
Wisma Sanyan, Sibu dari 17 hingga 18 Ogos 2005. Tiga jabatan telah menjayakan
ekspo berkenaan jabatan-jabatan yang telah mengambil bahagian dalam ekspo
tersebut adalah Dewan Undangan Negeri Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Sarawak
dan Badan Kehakiman Sarawak. Ekspo telah di rasmikan oleh YB. Dato Sri
Wong Soon Koh.
Di antara objektif ekspo
adalah:
-
memperlihatkan perjuangan pemimpin
negeri dalam membangunkan Sarawak yang telah berkembang dengan begitu pesatnya;
-
mengentengahkan perkembangan
pembangunan semasa dan perancangan pembangunan masa hadapan yang teratur;
-
menanam semangat cintakan pembangunan
negeri yang telah diperkenalkan oleh para pemimpin yang berkelibar;
-
menyediakan maklumat penting
lagi tepat mengenai sistem pemerintahan negeri yang mengamalkan corak pemerintahan
demokrasi;
-
memberi kesedaran kepada golongan
muda akan kepentingan sistem pemerintahan yang baik dan kompeten;
-
memberi peluang kepada masyarakat
mengenali serta menghargai sumbangan para pemimpin yang telah membangunkan
negeri kita; dan
-
membolehkan masyarakat menilai
perkembangan kejayaan yang diusahakan oleh para pemimpin dari dulu hingga
sekarang.
Gambar-gambar sekitar Ekspo (Pameran)
|