|
|
FUNGSI-FUNGSI
DEWAN
Selain
daripada fungsi perundangan, Dewan Undangan Negeri mempunyai fungsi-fungsi
penting yang lain seperti berikut:
-
Menjaga
kedaulatan perlembagaan dan hak berperlembagaan Negeri Sarawak dan rakyat
sepertimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan.
-
Memberi
khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa
dan mengeritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan mereka bertanggungjawab secara kolektif
kepada Dewan Undangan Negeri. Ini dapat disaksikan dalam prosiding Dewan
semasa perbahasaan terhadap Usul Diraja, usul tidak percaya dan perbahasan
terhadap dasar-dasar am kerajaan.
-
Meluluskan
perbekalan. Tiada cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan terhadap Dana
Tergabung (Consolidated Fund) melainkan dibenarkan oleh undang-undang
yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
-
Mewakili
rakyat. Dewan Undangan Negeri menyediakan forum kepada wakil-wakil rakyat
untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan
berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges,
Immunities and Powers), 1963. Perkara-perkara yang disuarakan meliputi
isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini boleh dilakukan
melalui perbahasaan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara
yang mempunyai kepentingan awam dan sebagainya.
-
Mempertimbangan
jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri
serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
-
Memeriksa
akaun awam untuk mempastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen
dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
-
Menjadi
arena perbincangan kritis terhadap kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan.
-
Mengawasi
tindak-tanduk pihak pemerintah sebagaimana yang ditunjukkan semasa perbahasan
am.
-
Melindungi
dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan
membangkitkan isu-isu tertentu, dan meredakan rungutan semasa prosiding
atau melalui cara lain yang ditetapkan oleh peraturan Dewan Undangan Negeri.
-
Melantik
Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan
awam dan laporan-laporan.
-
Memperkembang
dan memperguna keistimewaan dan prosedur berparlimen untuk membolehkan
Dewan Undangan Negeri menjalankan fungsi-fungsi berperlembagaan dan perundangan
dengan lebih berkesan.
|