|
|
Jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa
Pemilihan bersesi yang dilantik pada setiap permulaan sesi persidangan.
Tugas-tugas Jawatankuasa ini adalah untuk memeriksa:
-
Kira-kira bagi Kerajaan Negeri
dan peruntukan jumlah wang yang dibenarkan oleh Dewan untuk memenuhi perbelanjaan
awam;
-
Kira-kira bagi Pihak Berkuasa
Awam dan lain-lain badan pentadbiran dana awam seperti yang telah dibentangkan
di hadapan Dewan;
-
Laporan Audit Awam yang dibentangkan
di hadapan Dewan nenurut Artikal 107, Perlembagaan Persekutuan; dan
-
Apa-apa perkara yang Jawatankuasa
fikir layak, atau yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa.
Jawatankuasa ini merupakan sebuah
Jawatankuasa Pemilihan yang paling berkuasa dalam meneliti perbelanjaan
dan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat
bagi memeriksa kira-kira Jabatan Negeri sebaik sahaja menerima laporan
dari Jabatan Audit.
Jawatankuasa ini terdiri
daripada seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 6 orang ahli yang
dilantik. Ahli tidak boleh dilantik atau memangku jawatan Pengerusi sekiranya
dia adalah seorang Menteri.
| Pengerusi:
Ahli-Ahli : |
Y.B. Dr. Haji
Wahbi bin Haji Junaidi
Y.B. Tuan Haji Abdul Karim
Rahman Hamzah
Y.B. Dr. Jerip Susil
Y.B. Tuan Haji Julaihi
b. Haji Narawi
Y.B. Datuk Peter Nansian
Ngusie
Y.B. Encik Gabriel Adit
Demong
Y.B. Encik Chiew Chiu
Sing |
|