
![]() |
![]() Era globalisasi telah mengubah cara komunikasi masakini. Ledakan teknologi maklumat memaksa organisasi untuk terus berubah bagi menyesuaikan diri dengan trend dan kehendak masakini demi kelangsungan hidup. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana telah mengikuti perkembangan semasa dengan pembinaan Laman Web. |
| Usaha ini adalah
selaras dengan kehendak masakini, lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan
untuk mewujudkan Kerajaan Elektronik (e-Government) di samping mengorak
langkah ke arah pencapaian Wawasan 2020.
Laman
Web ini diharap akan dapat mendedahkan Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada
pihak umum. Lazimnya, maklumat tentang Dewan Undangan Negeri (salah satu
daripada tiga komponen kerajaan di dalam sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi berparlimen) amat jarang dan payah untuk diperolehi. Kini tidak
lagi demikian. Paparan Laman Web Dewan Undangan Negeri Sarawak ini diharap
dapat mendedahkan segala maklumat tentang cabang Legislatif di Negeri Sarawak.
Selamat
melayari.
(DATO
SRI HAJI MOHAMAD ASFIA BIN AWANG NASSAR)
|
|
|