
![]() Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejehtera. Tuan/Puan, Selamat datang ke Laman Web Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pewujudan laman web ini adalah sebagai usaha untuk mendedahkan maklumat mengenai Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada umum. Ini adalah selaras dengan kehendak untuk mewujudkan ketelusan. . |
Encik Abang Othman Abang Fata Setiausaha |
| Laman
web ini dibina secara dalaman oleh kakitangan jabatan ini sendiri. Usaha
dibuat supaya segala maklumat yang dipaparkan adalah lengkap dan tepat.
Sehubungan ini, saya yakin bahawa kakitangan jabatan ini sekurang-kurangnya telah diberi satu landasan yang baik untuk berlatih dan mempelajari cara mengurus dan mengendalikan maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masakini, kebolehan kakitangan perkhidmatan awam dalam mengurus dan mengendalikan maklumat adalah satu isu yang kritikal dalam usaha kita mencapai taraf “world class civil service”. Semoga laman web ini menyumbang ke arah memudahkan aliran komunikasi dan penukaran data maklumat untuk membentuk struktur yang akan menyepadukan perkhidmatan awam. "BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
(ABG.
OTHMAN ABG. FATA)
|
| Piagam Pelanggan | | Carta Organisasi | | Visi dan Misi | | Pentadbiran | | Aktiviti/Kalendar |
Kembali Ke Laman
Utama
Hakcipta
Terpelihara©DUNSARAWAK2005