-
Untuk memastikan segala
urusan Kerajaan berhubung dengan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat
Jawatankuasa-Jawatankuasa Berpenggal dilaksana dalam jangkamasa seperti
yang dikehendaki oleh Perlembagaan Negeri dan Peraturan-Peraturan Majlis
Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.
-
Untuk menyiapkan Penyata
Rasmi Persidangan Harian (Verbatim) dengan setepat mungkin dalam masa empat
jam selepas penangguhan mesyuarat dan diedar kepada Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) sebelum jam 9:00 pagi hari berikutnya.
-
Untuk memastikan Penyata
Rasmi Persidangan siap disunting, dicetak dan diedar kepada Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) dalam masa enam bulan selepas persidangan tamat.
-
Untuk menyiapkan Laporan
Jawatankuasa Akaun Awam, Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas dan Laporan
Jawatankuasa-Jawatankuasa Berpenggal dengan setepat mungkin untuk dibentang
dalam persidangan yang berikutnya setiap tahun.
-
Untuk memproses permohonan
pinjaman perumahan dan kenderaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
dalam masa satu bulan dari tarikh permohonan diterima dengan syarat semua
dokumen diterima dengan lengkap dan teratur untuk pertimbangan dan kelulusan
pihak berkuasa.
-
Untuk menyiapkan dokumen-dokumen
pembayaran elaun, pencen, ganjaran dan pencen terbitan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bekas Ahli-Ahli
Pentadbiran dalam masa dua minggu sebelum tarikh pembayaran gaji setiap
bulan.
11.12.1999
|